Saturday, 4 April 2015

Curi Murai Batu Kawan



Segamat: Berang kerana gagal membeli burung murai batu peliharaan kenalannya walaupun menawarkan harga tinggi, seorang lelaki memecah masuk rumah rakannya itu di Labis di sini, dan melarikan unggas itu, kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 41 tahun itu mengundang padah apabila dia ditahan di rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ beberapa jam selepas rakannya menyedari kehilangan burung berkenaan jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, lelaki berusia 31 tahun membuat laporan di Balai Polis Labis selepas menyedari burung murai batu diletak dalam sangkar di bilik air rumahnya hilang.

Katanya, pengadu percaya ia angkara kenalannya yang tinggal berdekatan kerana berang kerana keengganannya menjual unggas itu dengan harga RM700 beberapa hari sebelum itu.

“Pagi semalam (kelmarin), pemilik burung murai batu itu terkejut mendapati unggas itu itu hilang dan mengesyaki lelaki itu mencurinya,” katanya.

-HM

No comments:

Post a Comment