Tuesday, 21 April 2015

Datuk Ketagih Judi Sabung Ayam



Klang: Seorang datuk berusia 69 tahun sanggup meredah kawasan hutan semata-mata bagi melepaskan keinginannya untuk menyabung ayam.

Difahamkan kumpulan sabung ayam itu hanya akan beroperasi setiap hujung minggu dengan nilai pertaruhan antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut ‘kegagahan’ ayam masing-masing.

Bagaimanapun kegiatannya bersama 16 lagi lelaki lain dibongkar selepas kawasan hutan di Klang Villa, Pandamaran di sini, diserbu pihak berkuasa, jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya berjaya menahan 17 lelaki berusia 33 hingga 69 tahun termasuk enam lelaki warga Indonesia.

Menurutnya, polis turut merampas 17 ekor ayam sabung dan wang tunai berjumlah RM6,620.



- HM

No comments:

Post a Comment