Sunday, 19 April 2015

Dendam Punca Gaduh Ala Ninja



KOTA BHARU - Akibat dendam lama berpunca dari salah faham antara dua lelaki, salah seorang daripadanya tidak sedarkan diri selepas ditetak dalam kejadian di Badang Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi itu berlaku, apabila dua lelaki yang mengenali antara satu sama lain itu pada mulanya bergaduh di hadapan Klinik Kesihatan Badang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Kedua-duanya mereka turut menggunakan senjata tajam dan menyebabkan kecederaan.

“Salah seorang daripadanya mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat dipukul dengan senjata tajam.

"Seorang lagi tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital," katanya.

Rohaimi berkata, setakat ini pihaknya masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

-SH

No comments:

Post a Comment