Johor Bahru: Empat orang termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditahan polis ketika melakukan protes jalanan Anti GST di Jalan Wong Ah Fook berhampiran City Square, di sini, kira-kira 4 petang Sabtu.
Dua wakil rakyat itu adalah adalah ADUN Mengkibul, Tan Hong Pin, 34, dan ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse, 39.
Dua lagi yang ditahan adalah Tan Peng Chye, 54, serta Sidiqin Omar, 33, dan kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, mereka memberi ucapan dalam protes yang turut disertai kira-kira 50 orang yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan penahanan mereka itu.
-HM
No comments:
Post a Comment