Wednesday, 15 April 2015

Gay Liwat Lelaki Di Tasik Shah Alam Palsu



Shah Alam: Polis menafikan dakwaan di laman Facebook (FB) dan aplikasi Whatsapp yang ‘viral’ semalam, kononnya berlaku kejadian liwat oleh golongan homoseksual di Tasik Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Adnan Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima laporan lelaki diliwat golongan homoseksual oleh mana-mana individu.


"Jika kes berkenaan berlaku kepada mana-mana individu, sila tampil membuat laporan kepada kami untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

"Penyebaran berita melalui laman sosial dan aplikasi lain hanya akan menakutkan masyarakat," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Semalam pengguna laman sosial dikejutkan dengan maklumat yang dikongsi oleh seorang pengguna laman FB yang meminta kaum lelaki supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti riadah taman berkenaan kerana berisiko 'dirogol' gay.

Akaun seorang wanita yang memuat naik status berkenaan di FB bagaimanapun sudah tidak aktif sejak lewat malam tadi.

- HM

No comments:

Post a Comment