Gombak : Tiga penjenayah menjadi buruan polis selepas memenggal kepala seorang remaja sebelum memotong tubuh mangsa kepada empat bahagian.
Dalam kejadian 9 Mac lalu, suspek dikatakan menyamar sebagai anggota polis lengkap berseragam ketika menahan mangsa di rumahnya di Taman Laksamana di sini.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, ibu mangsa dalam laporannya mendakwa suspek muncul di rumahnya dengan mengaku sebagai pegawai polis lengkap bersenjata.
“Mereka merampas MyKad mangsa sekeluarga sebelum membawa anak mangsa ke balai polis pada jam 2 pagi itu.
“Suspek mendakwa mangsa perlu ditahan dan disiasat di Balai Polis Shah Alam,” katanya ketika ditemui pada program lawatan ke Hospital Selayang di sini, bersempena dengan Hari Polis ke-208.
Beliau berkata, ibu mangsa yang pergi ke Balai Polis Shah Alam keesokan harinya terkejut apabila mendapati anaknya tidak ditahan polis.
“Malah, polis memberitahu tiada tangkapan dilakukan terhadap remaja berusia 19 tahun itu,” katanya.
Menurutnya, mangsa dibunuh apabila kepalanya dipenggal hingga putus.
“Malah badan mangsa dikerat penjenayah kepada empat bahagian. Bagaimanapun tangan dan kaki mangsa yang turut dipotong penjenayah masih gagal ditemui sehingga kini.
“Pembunuhan itu tidak berperikemanusiaan. Polis memandang serius kes itu dan usaha memburu suspek masih diteruskan hingga kini,” katanya.
Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Kanun Keseksaan 302.
-Mymetro
No comments:
Post a Comment