Saturday, 18 April 2015

Ketua Polis Negara Mempunyai Hubungan Rapat Dengan Sanjeevan?

Perkara ini sudah mula menjadi perhatian masyarakat dan memerlukan kenyataan terbuka serta telus dari Ketua Polis Negara.


1. Apakah benar Ketua Polis Negara mempunyai hubungan yang rapat dengan Sanjeevan memandangkan datang dari negeri yang sama, Negeri Sembilan.

2. Apakah Ketua Polis Negara mengenali Sanjeevan sebelun beliau menjadi Ketua Polis Negara?

Persoalan ini antara isu yang menjadi perbualan masyarakat berikutan Sanjeevan yang juga Pengerusi NGO Benteras Jenayah (MyWatch) dan juga pemimpin politik parti PKR di bahagian Rembau, Negeri Sembilan yang kini dilihat sudah mula kembali melakukan serangan bermotif politik terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sanjeevan dilihat mendapat perhatian media pro parti pembangkang kembali apabila mula mempersoalkan jam tangan yang dikatakan mewah milik Menteri tersebut. Tidak menjadi satu kesalahan apabila masyarakat bertanya sesuatu terhadap pemimpin negara kerana negara kita mengamalkan dasar keterbukaan dan kebebasan bersuara.

Yang menjadi tandatanya ialah cara Sanjeevan untuk mendapat perhatian masyarakat dengan membuat lontaran soalan seumpama isu Skandal Seks Pegawai Tinggi PDRM dahulu. Sehingga kini dakwaan yang beliau tidak diambil tindakan oleh PDRM ataupun SPRM. Tiada tindakan susulan berikutan pengakuan terbuka Sanjeevan terhadap bukti yang berada di tangannya. Pengakuan yang jelas ini dilihat mencemarkan nama baik PDRM itu sendiri dan ianya bertambah buruk apabila Ketua Polis Negara mengambil sikap membisu.

Ketua Polis Negara sepatutnya merasa malu apabila Sanjeevan menipu kononnya beliau telah hadir ke Balai Polis Kajang untuk sesi soal siasat. Pegawai penyiasat kes melaporkan bahawa beliau tidak pernah bertemu Sanjeevan di balai tersebut.

Siapa yang terlibat dalam Skandal Seks tersebut? Kerana masyarakat melihat kes ini seperti ingin ditutup. Rujuk di sini.

No comments:

Post a Comment