Apakah status siasatan terhadap seorang pegawai kanan polis berpangkat asisten komisioner yang ditahan pada tahun 2014 kerana didakwa ada kaitan dengan sindiket perjudian haram?
Kes tersebut agak serius, Pemangku ACP yang ditahan bersabit dengan kes pengubahan wang haram dan juga kerana memilik dadah jenis Eramin5 baru sahaja mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pula dilihat tidak berani untuk memberi ulasan mengenai isu yang melibatkan Pegawai Berpangkat Tinggi dan bersikap menyerahkan kepada Ketua Polis Negara untuk membuat kenyataan rasmi mengenai kes yang menjejaskan nama baik PDRM sendiri.
Adakah PDRM sanggup melihat persepsi negatif terhadap nama baiknya sendiri ekoran kes ini telah mengambil masa yang terlalu panjang untuk diselesaikan?
Pelbagai persepsi telah mula timbul apabila mendapati suspek hanya dikenakan 'hukuman' DITUKARKAN ke cawangan lain dan kekal pangkatnya, sedangkan wujudnya perbandingan kes yang jauh lebih ringan tetapi menerima hukuman yang agak berat iaitu ditahan kerja.
Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan bahawa seolah olah tindakan tidak boleh diambil terhadap Pemangku ACP tersebut selagi siasatan oleh SPRM sedang berjalan dan belum dijatuhkan hukuman.
Persoalannya, adakah semua kelewatan ini berpunca dari pejabat Peguam Negara atau siapa yang melengahkannya? Menurut fakta tangkapan suspek (Pemangku ACP), SPRM telah menjalankan pengintipan selama setahun.

Alasan kebajikan yang diberikan oleh sesetengah pihak dalam PDRM juga turut dipersoalkan kerana sebelum ini banyak kes melibatkan anggota dan pegawai lain yang melakukan kesalahan menerima nasib berbeza.
Apakah kes ini juga dikategorikan sama dengan kes rasuah yang melibatkan 30 anggota PDRM yang lain?
Satu penjelasan perlu agar integriti PDRM tidak dicemari dengan amalan salah guna kuasa dan Pejabat Peguam Negara juga wajib memberi penjelasan yang selari dengan pihak atau agensi yang terlibat.
No comments:
Post a Comment