Tuesday, 14 April 2015

Pengurus Dan Pemilik Ladang Ditembak Pekerja Sendiri



Sandakan: Pengurus ladang maut manakala pemiliknya cedera selepas ditembak dalam kejadian samun di ladang Tongsang, Batu 4, Jalan Sukau, Kinabatangan, petang semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, pengurus ladang iaitu Yuen Wing Wah, 50, maut, manakala pemilik ladang, Danny Wong, 30, cedera dan dikejarkan ke Hospital Kinbatangan untuk rawatan lanjut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan oleh dua lelaki menggunakan senjata api.

"Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an turut melarikan gaji pekerja sejumlah RM18,000 kerana pada hari kejadian adalah pembayaran gaji bagi pekerja ladang Tongsang.

"Berdasarkan maklumat juga, polis melakukan serbuan ke atas rumah suspek dan menemui dua peluru hidup," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mambunuh.

Difahamkan, sepasukan polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di lokasi kejadian bagi membantu menjejaki suspek yang terbabit.

- HM

No comments:

Post a Comment