Monday, 13 April 2015

Peti Besi Nombor Ramalan Ditebuk



Melaka: Sebuah premis nombor ramalan di Tengkera, di sini, kerugian sebanyak RM30,000 selepas sekumpulan penjenayah memecah masuk dan menggerudi peti keselamatan dalam premis itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 9 malam kelmarin dan 7 pagi semalam sebelum ia disedari penyelia premis berkenaan yang berusia 30 tahun kira-kira jam 8 pagi.

Penyelia berkenaan yang enggan dikenali berkata, ketika mahu memasuki premis itu, dia terkejut apabila mendapati tombol pintu diikat dari dalam.

“Apabila berjaya masuk, saya melihat ruang menyimpan peti simpanan wang berselerak dan penuh dengan habuk.

“Saya kemudian mendapati peti simpanan wang sudah ditebuk dipercayai menggunakan penggerudi besi dan simen berdasarkan tinggalan bahan berkenaan berhampiran peti itu,” katanya.

- HM

No comments:

Post a Comment