Monday, 6 April 2015

Rafizi Gagal Rayuan Singkirkan BAFIA



PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli berhubung tuduhan mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu National Feedlot Corporation (NFC).

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mengetuai panel lima anggota, memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan Mohd Rafizi kerana kes itu berasal dari Mahkamah Sesyen.

Dengan keputusan itu, Mohd. Rafizi perlu menghadapi perbicaran di Mahkamah Sesyen bagi tuduhan melanggar Akta Perbankan dan Instutusi institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu NFC.

Md. Raus menetapkan esok sebagai tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Md Raus bersidang bersama para hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.

Mohd. Rafizi merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Mei 2013 menolak permohonannya untuk mengetepikan tuduhan tersebut dengan alasan rayuan beliau tidak mempunyai merit. - Bernama

No comments:

Post a Comment