Wednesday, 15 April 2015

Samun Bersenjata Ampang Dan Hulu Klang Lumpuh



Shah Alam: Polis Selangor menumpaskan satu sindiket samun bersenjata di sekitar Ampang dan Hulu Klang dengan penahanan empat individu sejak 2 April hingga 8 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki serta wanita Indonesia berusia 27 hingga 40 tahun itu dipercayai aktif melakukan jenayah berkenaan sejak setahun lalu.


Katanya, dengan penahanan suspek, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjata sekitar Ampang yang membabitkan kerugian kira-kira RM200,000.

"Suspek juga dipercayai turut terbabit dengan kes sama di Lembah Klang dan beberapa negeri lain namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Polis mendapat perintah tahanan reman terhadap semua suspek sehingga 22 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

- HM

No comments:

Post a Comment