Polemik isu yang mencemarkan nama baik PDRm nampaknya makin tersasar dapr apa yang sepatutnya masyarakat harapkan? Adakah kes yang dibawa oleh Sanjeevan yang juga Pengerusi My Watch hanya kes yang berupa ugutan untuk mendapatkan sesuatu dan tiada kebenaran langsung?
Masyarakat zaman digital menilai dengan penuh teliti, apakah yang bakal berlaku setelah pendedahan begitu berani yang dibuat oleh Sanjeenvan.
Apakah niat sebenarnya pihak Sanjeevan ketika membuat pengakuan bahawa beliau mempunyai bukti yang terlalu kukuh, bukti bergambar dan bukti dokumen tentang skandal seks yang melibatkan Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM tersebut.
Bagaimana pula tindakan pihak polis apabila Sanjeevan membuat dakwaan tersebut di hadapan para media? Apakah reaksi Ketua Polis Negara dan keseluruhan warga PDRM termasuk ahli keluarga mereka serta sanak saudara?
Tidak wujudkah akta untuk mendakwa seseorang yang dengan sengaja membuat dakwaan bahawa beliau mempunya bukti kukuh tentang perilaku seorang Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM yang mempunyai skandal seks dan perilaku ini bakal meranapkan nama baik PDRM itu sendiri sekiranya tidak dibersihkan?
Persepsi buruk jelas sudah terbentuk dan mula tersebar bahawa si pelaku yang didakwa Sanjeevan adalah seseorang yang berpangkat 'Datuk Seri' di dalam pasukan beruniform tersebut. Berapa ramaikah yang berpangkat seperti itu? Tidak sukar untuk meneka tetapi ianya menjadi suatu kesalahan memfitnah pula.
Jelasnya, sebaik sahaja Sanjeevan mendakwa beliau mempunyai bukti terhadap kes tersebut, beliau meminta jaminan daripada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara. Kenapa Sanjeevan membuat permintaan yang menampakkan wujudnya imbuhan balas?
Jika Sanjeevan benar-benar seorang pejuang rakyat yang ingin membersihkan nama baik PDRM dari segala bentuk parasit dalaman, perlukah Sanjeevan meletakkan syarat seperti kebudak-budakan?
Sebagai Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan, NGO, Sanjeevan seharusnya membuat laporan polis secara rasmi dan bukannya memanggil media untuk membuat pendedahan yang akhirnya menimbulkan pelbagai persoalan. Apakah masih ada bukti tersebut di tangan Sanjeevan atau sudah berpindah kepada 'Datuk Seri'?
Ironinya, benarkah kehidupan Sanjeevan berubah dari seorang bekas pekerja hotel yang berjawatan biasa-biasa hingga menjadi jutawan muda selepas pendedahan ini?
Ketua Polis Negara wajib tampil menjelaskan kedudukan kes yang begitu mencemar nama baik PDRM. Adakah wujud unsur ugutan dalam kes ini dan kenapa Sanjeevan yang juga Ketua AMK Parti Keadilan dilihat terlalu kebal untuk disiasat?
Benarkah Ketua Polis Negara begitu akrab hubungannya dengan Sanjeevan?
Salam Satu Malaysia, Saya seorang penduduk bahau, jempul negeri sembilan. Bagi pendapat yang benar, pengerusi Mywatch Sri sanjeevan telah pun mengugut penduduk rakyat bahau negeri sembilan selama ianya mendapatkan posisi datuk dan pengerusi Mywatch ... ianya telah pun menggunakan kuasa tersebut dan mengugut dan menyamun dgn beberapa gengster yang disimpan sebagai orang upah. Ianya telah memberitahu pihak pdrm mendengar arahan sanjeevan kerana ianya berhubungan dengan IGP Malaysia katanya sanjeevan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete