KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Tanzania didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memecahkan cermin hadapan kereta peronda polis, minggu lepas.
Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Stella Silya Samson, 25, yang merupakan pelajar kolej swasta dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara dua bulan, jika dia gagal membayar denda itu.
Stella Silya didakwa dengan sengaja melakukan khianat dengan memecahkan cermin hadapan kereta peronda polis yang menyebabkan kerugian RM300 di sebelah Wisma Boustead, Jalan Raja Chulan, Dang Wangi di sini pada 2.30 pagi, 14 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment