Sunday, 19 April 2015

Warga Emas Mati Dalam Parit



Dungun: Warga emas yang hilang ketika melawat kebun getahnya sejak 17 hari lalu ditemui mati di dalam parit di ladang kelapa sawit milik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Kampung Tepus,Dungun, pagi tadi.

Jenazah Jusoh Abdullah,79, ditemui seorang pekerja ladang Ramzi Idris,40, yang sedang menebas kawasan semak bersama enam rakannya kira-kira jam 10 pagi.

Sebelum kejadian, Ramzi bersama beberapa rakannya menebas semak di kawasan berkenaan kira-kira 200 meter dari kedudukan mayat terbabit sebelum seorang daripada rakannya, Wan Gayah Ripin,47, terbau sesuatu benda busuk yang kuat sebelum memintanya menyiasat.

Ramzi kemudian mencari di sekitar kawasan semak di situ dan menemui mayat seorang lelaki lalu menghubungi pihak pengurusan KETENGAH sebelum pihak pengurusannya menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, anak mangsa, Ahmad Tarmizi Jusoh, 37, yang ditemui di tempat kejadian mengesahkan mayat itu adalah ayahnya berdasarkan kasut, sarung pisau di pinggang dan pakaian yang ada pada mayat itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu

- HM

No comments:

Post a Comment