Seremban: Tiga lelaki warga Filipina disyaki menggunakan MyKad palsu bagi mengelak ditahan pihak berkuasa, namun taktik mereka gagal apabila Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) yang melakukan pemeriksaan berjaya mengesan MyKad itu palsu.
Mereka antara sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia 25 hingga 40 tahun yang ditahan dalam Ops 6P bermula 5 petang hingga 10.45 malam tadi.
Ketua Unit Tindakan JIMNS Azly Ashazly Abdul Aziz berkata, pihaknya menjalankan serbuan di tiga lokasi berasingan iaitu Uptown Seremban 2, Gadong Jaya dan Nilai, dekat sini.
"Seramai sembilan PATI ditahan masing-masing enam lelaki dan tiga wanita membabitkan warga Filipina, Indonesia dan Myanmar.
"Semua ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Lenggeng untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) akta sama dan Perkara 39(b), Perkara Imigresen 1963," katanya.
- HM
No comments:
Post a Comment