Friday, 1 May 2015

'Datuk Seri' Adalah Pelaku Dalam Skandal Seks Pegawai PDRM?

Pengakuan Sanjeevan bahawa beliau mempunyai satu set gambar bukti dan juga dokumen tentang skandal seks yang melibatkan anggota PDRM yang berpangkat tinggi semakin hangat diperkatakan.

Hangat kerana bukti sudah ada di tangan Sanjeevan tetapi pihak PDRM hanya membisu seribu bahasa. PDRM dilihat seperti membuka ruang yang begitu luas kepada Sanjeevan untuk memburukkan imej polis dan menghina keluarga polis di seluruh negara.

Adakah bukti yang Sanjeevan dakwa tersebut hanya tohmahan dan fitnah semata-mata atau ada niat lain yang tersembunyi?

Apakah tiada peruntukan undang-undang untuk mendakwa seseorang yang secara terbuka membuat tuduhan samada dengan niat untuk mencemarkan nama baik pihak tertentu atau dengan niat yang selainnya?

Adakah unsur rasuah dalam kes skandal seks ini hinggakan ianya mengambil masa lebih daripada enam bulan untuk selesaikan?

Boleh dikatakan saban hari masyarakat dihidangkan dengan pelbagai kes rasuah yang melibatkan agensi keselamatan negara seperti kes yang terbaru, tangkapan terhadap anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sebelum daripada kes tersebut, terdapat juga kes-kes rasuah yang melibatkan anggota agensi keselamatan negara yang lain.

Timbul persoalan, kenapa pihak PDRM dilihat begitu tangkas dan cepat menyiasat kes yang melibatkan agensi yang lain tetapi di dalam waktu yang sama, kes yang melibatkan nama baik anggota PDRM, kenapa begitu lama mengambil masa untuk selesaikan?

Contoh mudah, apakah status kes rasuah yang melibatkan lebih daripada 30 orang anggota?

Bagaimana pula dengan kes Pemangku ACP yang dilihat begitu bercelaru dan memberikan tanggapan yang amat buruk di mata masyarakat? Rujuk di sini.

Sepertimana di dalam kes Skandal Seks PDRM, ianya sudah mendapat perhatian Persatuan Keluarga Polis, PERKEP.

Menurut sumber dalaman PERKEP, ahli keluarga PDRM mula bertanya sesama sendiri siapakah pegawai polis yang berpangkat 'Datuk Seri' yang dimaksudkan oleh Sanjeevan?

Apakah Ketua Polis Negara tidak melihat betapa seriusnya tekanan perasaan ahli keluarga anggota PDRM?

Mana-mana ahli keluarga PDRM yang berpangkat 'Datuk Seri' mula menjauhkan diri dari masyarakat kerana tidak sanggup menghadapi pertanyaan dari rakan taulan serta masyarakat sekeliling. Terdapat juga ejekan sinis dan kata nista yang mereka terpaksa hadapi apabila ahli keluarga mereka berpangkat 'Datuk Seri'.

Cukupkah Khalid Abu Bakar hanya bersuara melalui akaun twitternya untuk tunjukkan kepada masyarakat betapa beliau seorang yang tegas dalam kes yang melibatkan nama baik PDRM?

Bagaimana dengan suara-suara nakal yang mengatakan bahawa "Datuk Seri" yang dimaksudkan oleh Sanjeevan itu ada kena mengena dengan Ketua Polis Negara sendiri? Maka itulah sebabnya kes skandal ini dilihat 'cuba dilengahkan'?

Adakah kes ini ada unsur peras ugut atau rasuah untuk lepaskan diri atau mungkinkah ada campurtangan AlCapone?

Peguam Negara sepatutnya melihat kes ini dengan serius sepertimana kes-kes yang melibatkan integriti penjawat awam yang berpangkat tinggi yang lain.

Sehingga kini Sanjeevan kekal menipu mengatakan beliau telahpun hadir ke Balai Polis Kajang untuk memberi keterangan tentang dakwaannya? Siapakah Pegawai Penyiasat yang beliau katakan telah mengambil keterang beliau?


Sanjeevan merupakan Pengerusi NGO Benteras Jenayah, MyWatch dan juga Ketua AMK Rembau mewakil parti PKR.

No comments:

Post a Comment