Friday, 8 May 2015

Gari Rosak, Bantuan Bomba Potong



Georgetown: Berikutan gari digunakan rosak, sepasukan anggota polis terpaksa membawa seorang warga asing yang juga suspek kes penipuan ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, di sini, pada jam 3.45 petang, kelmarin, bagi mendapatkan bantuan memotong logam berkenaan.

Anggota bomba kemudian mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong gari pada kedua-dua belah pergelangan tangan suspek selepas ia gagal dibuka menggunakan kunci asalnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, terdahulu sebelum kejadian, pihaknya menahan lelaki berusia 30-an itu selepas mendapat maklumat mengenai pembabitannya dalam kes penipuan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya hanya membantu menahan suspek sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur.

“Lelaki berkenaan ditahan di Batu Ferringhi dan anggota bertugas mengikut prosedur biasa iaitu menggari suspek sebelum dia dibawa ke IPD Timur Laut (IPDTL) bagi ditahan di lokap sementara menunggu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat kes dari IPD Sentul.

-HM

No comments:

Post a Comment