Tuesday, 5 May 2015

Judi Sabung Ayam "See Goh Lak" Diserbu


JOHOR BAHRU - Tiga puluh enam lelaki yang sedang leka berjudi sabung ayam dan 'See Goh Lak' tidak sempat melarikan diri apabila polis menyerbu kawasan perjudian mereka di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, dalam serbuan pada kira-kira 4.30 petang itu, kesemua lelaki terbabit berjaya ditahan, terdiri daripada 28 warga tempatan, tujuh warga Indonesia dan seorang warga Singapura.

Polis turut merampas peralatan judi 'See Goh Lak' dan sabung ayam serta 12 ekor ayam sabung dan wang tunai RM2,360, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. 

Katanya kesemua lelaki berusia 30-an hingga 50-an itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini untuk siasatan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Binatang 1953. - Bernama

No comments:

Post a Comment