Monday, 11 May 2015

Motosikal Tutup Lampu Lawan Arus



Kuala Lumpur: Meskipun baru tiga nyawa melayang di Lebuhraya Duke, ia didapati masih menjadi ‘litar lumba’ kepada segelintir penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Itu yang diperhatikan Harian Metro ketika mengikuti operasi Polis Trafik Kuala Lumpur dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketika operasi baru dimulakan kira-kira jam 9.30 malam, beberapa penunggang motosikal dilihat menunggang melawan arus tanpa menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Malah ada yang menutup lampu hadapan motosikal bagi mengelak tindakan mereka menunggang melawan arus disedari pihak berkuasa.

Tidak lama kemudian, tiga kereta iaitu Proton Satria Neo dan dua Honda dikesan mengundur kereta masing-masing lebih 200 meter ketika lebuh raya itu sesak dengan kenderaan lain.

- HM

No comments:

Post a Comment