Tuesday, 5 May 2015

Pasaraya Besar Dirompak Dengan Senapang Patah


MIRI - Sebuah pasar raya terkenal di sini kerugian RM474,000 apabila perompak bersenjatakan selaras senapang patah menyamun wang hasil perniagaan yang sedang dibawa oleh pengawal keselamatan untuk disimpan di bank pada pukul 11.55 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Miri, Supritendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengawal keselamatan terbabit mengalami kecederaan di telinga kiri kerana dihentak oleh perompak menggunakan belakang senapang, yang kemudiannya terus melarikan diri bersama wang samun tersebut menggunakan skuter.

"Semasa kejadian, pengawal keselamatan tersebut tidak membawa senjata, ini kelemahan dan kelalaian syarikat kawalan keselamatan berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan para saksi kejadian suspek yang merompak tersebut dipercayai dua lelaki namun siasatan lanjut masih dijalan.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 iaitu rompak berkumpulan dan di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan iaitu rompak bersenjata sehingga menyebabkan kecederaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment