Kota Bharu: Seorang pelajar berusia 16 tahun maut selepas ditendang pelajar senior dalam kejadian di sebuah kolej dekat Bachok, di sini, kira-kira 1.30 pagi tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, sebelum kejadian suspek yang berusia 17 tahun masuk ke dalam bilik asrama mangsa pada 11.50 malam.
"Ketika itu mangsa bersama empat rakan lain sedang tidur sebelum dikejutkan suspek yang marah kerana mendakwa mangsa tidak menghormati pelajar senior.
"Suspek menendang di bahagian leher kanan mangsa sebanyak dua kali hingga menyebabkan saluran darah ke bahagian kepala putus," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, sebentar tadi.
Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata, suspek sudah ditahan pada 12.30 tengah hari tadi untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- HM
No comments:
Post a Comment