Wednesday 6 May 2015

Zamani Didenda RM5500, miliki Heroin Dan Morfin



Ampang : Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani dan pembantu peribadinya, Nur Juliana masing-masing didenda RM5, 500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah jenis heroin dan morfin di rumah di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat, awal tahun ini.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menjatuhkan hukuman itu selepas Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, dan pembantunya Nur Juliana Abdul Rani, 32, mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan kedua tertuduh menjalani hukuman 18 bulan penjara jika gagal membayar denda.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu memakai jaket berwarna hitam kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Mengikut pertuduhan pindaan, penyanyi itu didakwa bersama-sama memiliki heroin dan morfin dengan berat bersih 0.6 gram di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat pada 12.30 tengah malam, 21 Januari lalu.

- HM

No comments:

Post a Comment