Wednesday 3 June 2015

Lapor Didera Pengasuh


Georgetown: Seorang bapa membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati selepas mendakwa anak perempuannya berusia 2 tahun dipukul pengasuh di pusat asuhan di Jelutong, di sini, semalam.
Noor Asrolizham Zakaria, 35, berkata kejadian itu hanya disedari pada 6.30 petang sejurus dia mengambil anaknya pulang.

"Ketika itu saya mahu memandikan anak dan terkejut apabila melihat belakang badannya disapu bedak.
"Ketika mahu memeriksa badannya, anak saya menangis dan enggan disentuh," katanya yang ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.
Menurutnya, selepas membersihkan bedak di belakang badan anaknya dia terkejut apabila melihat kesan lebam dan juga bekas telapak tangan.
Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Ibrahim Abu Bakar mengesahkan menerima laporan dan setakat ini polis sudah mengambil keterangan lima daripada 10 pekerja di pusat asuhan terbabit.

No comments:

Post a Comment