Shah Alam: Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, gempar selepas menerima panggilan bom kira-kira 10.30 pagi tadi.
Difahamkan pemanggil menghubungi pusat panggilan mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi sebelum polis dimaklumkan.
Menurut sumber, sejurus menerima panggilan ancaman bom itu, Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) bergegas ke lokasi kejadian.
Unit K-9 turut dikerahkan ke lokasi kejadian bersama empat ekor anjing pengesan.
Sementara itu, kakitangan mahkamah serta orang awam yang berada di bangunan itu diminta berkumpul di lobi bangunan sementara siasatan dijalankan.
Selama dua jam operasi mengesan bom dilakukan polis tidak menemui sebarang objek yang dikaitkan dengan bom.
Kira-kira 12.30 tengah hari, pihak berkuasa mengesahkan bangunan itu selamat dan operasi harian di mahkamah itu berjalan seperti biasa.
- HM
No comments:
Post a Comment