Kota Tinggi: Anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh janda anak tiga, dua minggu lalu.
Koperal Muhammad Faizal Salim dengan tegas menyatakan dia faham akan pertuduhan itu selepas dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Nik Norzielawati Akmar Afandi, 35, di Taman Rekreasi Hutan Bandar Bukit Cantik, Jalan Bukit, Mersing Kechil, Mersing, antara jam 11 malam, 12 April dan 12.30 tengah malam, 13 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 Mei ini di Mahkamah Majistret Mersing, sementara menunggu laporan bedah siasat, DNA dan kimia.
- HM
No comments:
Post a Comment