Kluang: Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dengan judi dalam talian ditahan di sebuah kafe siber di Simpang Renggam di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari berkata, dua daripada mereka merupakan penjaga dan juruwang premis manakala seorang lagi pelanggan.
“Serbuan 12.45 tengah malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang bertindak atas maklumat,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, didapati terdapat permain judi seperti ‘Roulette’ dalam komputer di premis itu dan pihak polis merampas pelbagai perkakas termasuk lapan buah komputer serta wang tunai RM200.
Keriga-tiga mereka yang berumur antara 25 dan 35 tahun direman di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Bernama
No comments:
Post a Comment