Kota Bharu: Seorang lelaki berusia 44 tahun parah selepas ditetak di paha menggunakan senjata tajam di kebun getah, Kampung Pengkalan Datu, Kota Bharu, kira-kira 6.30 pagi tadi.
Akibat kejadian itu, mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mangsa dipercayai dicederakan tiga lelaki dengan seorang daripadanya dikenali sebagai Bob.
"Siasatan masih dijalankan dan dia dipercayai berasal dari Kuala Krai tetapi dibawa ke situ untuk dicederakan.
"Kejadian disedari seorang penternak yang mahu mengalih lembunya pada 7.30 pagi. Dia yang menghubungi polis," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
- HM
No comments:
Post a Comment