KUALA LUMPUR – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta warga Mongolia maut apabila dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium selepas dikatakan bergaduh dengan rakan serumah di Jalan Pertiwi, Desa Pandan di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mayat wanita tersebut ditemui di kawasan parkir kereta berhampiran Blok C bangunan itu oleh penduduk setempat.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Shariff berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada penduduk kondominium itu sebelum sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi, pihak kami menemui mangsa dalam keadaan terlentang di tempat letak kereta di bawah blok itu. - KOSMO!
No comments:
Post a Comment