Friday, 3 April 2015

Ketua Kongsi Gelap Mendapat Layanan Istimewa Dari Pegawai Tinggi Polis?


Kes kejadian cubaan bunuh Ketua Kongsi Gelap, Ah Hai atau lebih dikenali sebagai Top Imbi Gangster nampaknya tiada perkembangan lanjut dan nampak seolah ianya cuba 'dihilangkan' dalam dairi sejarah negara, pertama kali insiden bom terjadi. (rujuk di sini)

Kejadian ini menggemparkan negara dan akhirnya lelaki yang "begitu dikenali" oleh PDRM menyerah diri untuk disiasat dan dilepaskan setelah 2 jam siasatan dijalankan.

Menariknya, menurut sumber yang diterima, Ah Hai memiliki Lesen Senjatapi. Bukan satu senjata tetapi 7 lesen SAH membawa dan menggunakannya? Sila rujuk kes laporan di Balai Polis Sentul.

Timbul pertanyaan:

1. Apakah Ketua Kongsi Gelap dibenarkan memiliki Lesen Senjatapi yang Sah?

2. Benarkah Ketua kongsi Gelap ini memiliki 7 jenis senjatapi?

3. Benarkah terdapat satu insiden melepaskan tembakan rambang (rujuk balai Sentul) dan pemilik senjatapi dilepaskan dengan mudah?

Dalam kejadian bom yang lalu, pembantu Ah Hai, bekas anggota PDRM turut cedera. (rujuk di sini).
Kenapa ada anggota Polis yang sanggup bekerja di bawah Ah Hai yang sememangnya terkenal sebagai Ketua Kongsi Gelap?

Benarkah Ah Hai digeruni anggota bawahan kerana Ah Hai mempunyai 'hubungan istimewa' dengan Pegawai Berpangkat Tinggi?

Benarkah ada anak-anak Pegawai Tinggi Polis hidup mewah kerana wujudnya hubungan istimewa ini? Menurut sumber, anak-anak Pegawai Berpangkat Tinggi ini melepak santai di kelab-kelab yang mewah di sekitar Kuala Lumpur.  

"Bukan setakat anak, Pegawai itu sendiri pun mewah, rumah besar, kereta mewah dan gaya hidup melebihi usahawan korporat" -sumber

Kalau Ketua Kongsi Gelap dengan bebas membawa senjata kemana sahaja, anda boleh berfikirlah betapa rapatnya beliau dengan PDRM.

No comments:

Post a Comment