Amaran tegas KPN Khalid boleh rujuk di SINI dan ianya sudah pun tamat selama tujuh hari yang diberikan.
Semalam, kenyataan berbeza dari Ketua Polis Kuala Lumpur, notis amaran rupanya selama sebulan sudahpun dikeluarkan.
"Ketua Polis Daerah (OCPD) dan Ketua Balai akan dikenakan tindakan tatatertib atau ditukarkan dalam tempoh 24 jam jika premis perjudian tanpa lesen masih wujud di kawasan mereka.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hoong Soon, berkata pada 14 Oktober lepas, beliau mengeluarkan arahan dan memberi tempoh sebulan kepada semua OCPD dan Ketua Balai untuk memastikan tiada lagi aktiviti perjudian tanpa lesen di ibu negara." (rujuk di SINI)
Ketua Polis Negara sepatutnya menunjukkan keseluruhan statistik dengan jelas apa yang berlaku di seluruh negeri. Amaran KPN khas untuk keseluruhan negeri (rujuk di SINI). Jelas, hanya Ketua Polis KL sahaja yang selamat?
KPN wajar bertanggungjawab terhadap kenyataannya tanpa berselindung disebalik arahan yang jelas bercanggah dan nampak seperti tidak bersedia dari sudut mempamirkan statistik harian selama operasi berjalan selepas arahan amaran tujuh hari dikeluarkan.
KPN juga wajib menjawab berita yang tersebar di internet bahawa Bukit Bintang adalah kawasan 'selamat' dari serbuan PDRM. Kalau adanya serbuan, Ketua Kongsi Gelap sudah dimaklumkan dan sempat pindahkan kesemua mesin judi mereka. Yang ditinggalkan hanyalah komputer lama 'untuk dirampas'.
Adakah semua ini ada kaitan dengan cerita 'hubungan baik' Pegawai-Pegawai Berpangkat Tinggi dan Ah Hai? (rujuk di SINI). Paling menarik, cerita anak Pegawai-Pegawai ini hidup mewah.
No comments:
Post a Comment