Friday, 3 April 2015

Pelacur Dan Sundal Ipoh Ditangkap



Ipoh: Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman menggempur enam premis di bandar raya ini dipercayai menjalankan kegiatan maksiat termasuk pelacuran membabitkan wanita warga asing, kelmarin.

Dalam serbuan serentak jam 8 malam itu, 68 wanita warga asing dari Myanmar, Vietnam, India dan China diberkas dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Senior Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, 53 pegawai dan anggota menjalankan serbuan di enam premis terbabit iaitu tiga di Jalan Pasir Puteh, dua di Jalan Yang Kalsom dan satu di Jalan Kampar, di sini, hasil maklumat awam dan risikan selama dua minggu di semua lokasi terbabit.

Menurutnya, ketika serbuan, ada wanita warga asing cuba meloloskan diri dengan bersembunyi dalam bilik rahsia dan ‘laluan tikus’, namun berjaya dihidu polis.

“Tempat yang kita serbu ini membabitkan premis yang sudah dikenal pasti menganjurkan aktiviti pelacuran membabitkan wanita warga asing di mana pelanggannya terdiri daripada warga asing selain lelaki tempatan.



- HM

No comments:

Post a Comment