Add caption |
Kuala Lumpur: Selain pengedar dadah Afrika, Malaysia kini mula menjadi tumpuan pengedar dadah Pakistan yang dipercayai giat menyeludup dadah syabu atau heroin sejauh 4,488 kilometer.
Kegiatan saudagar dadah Pakistan ini terbongkar selepas seorang lelaki berusia 30-an diberkas sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur jam 10.50 pagi Ahad lalu.
Suspek dikesan menjadikan kondominium mewah di Jalan Kuchai di sini, sebagai markas menyembunyi serta membungkus dadah itu.
Suspek dikesan bekerjasama dengan seorang lelaki warga Nigeria berusia 32 tahun untuk mengedar dadah dianggarkan bernilai hampir RM100,000.
Ketua JSJN Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, kegiatan suspek berjaya ditumpaskan hasil intipan dan risikan sejak seminggu lalu.
- HM
No comments:
Post a Comment