Friday, 3 April 2015

Kubu Judi DAP Subang Jaya Tumpas



Subang Jaya: Pintu kelihatan berkunci seakan-akan tidak berpenghuni selain turut ditampal iklan untuk disewa.

Namun, itu adalah taktik digunakan satu sindiket perjudian Internet di Jalan SS15/4 di sini, untuk mengaburi kegiatan.

Premis itu yang menjadi ‘syurga’ kaki judi bagaimanapun diserbu sepasukan polis Skuad Taktikal Khas Antimaksiat Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman jam 9.50 pagi semalam.

Serbuan diketuai Deputi Superintendan Hussin Mat Junus itu berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai penjaga premis judi itu.

Turut diberkas seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai pemilik premis itu.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, hasil pemeriksaan di dalam premis itu menemui 18 unit komputer bersama wang tunai berjumlah RM4,136.

“Ketika serbuan, terdapat empat lelaki warga Myanmar dan Bangladesh sedang leka bermain judi siber di dalam premis tertutup berkenaan.

“Turut dirampas dalam serbuan itu adalah sebuah komputer kawalan utama, satu buku catatan perniagaan serta dua telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata, intipan terhadap kegiatan itu dilakukan sejak seminggu lalu sebelum serbuan dilakukan.

“Serbuan kali ini turut dibantu pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

“Hasil pemeriksaan pakar judi mengesahkan terdapat perisian berunsur judi di dalam komputer yang dirampas berkenaan,” katanya.

Khairi berkata, semua yang ditahan berusia 20 hingga 30-an itu dibawa ke Balai Polis Subang Jaya di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

- HM

No comments:

Post a Comment