Seremban: Seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas dikatakan dipukul dengan botol arak dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Taman Harapan Baru, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Chin Teck Lan, 42, bersama isteri dan beberapa rakan makan di restoran berkenaan sebelum dia didatangi tiga lelaki yang memukul kepalanya dari arah belakang.
Isteri mangsa, Sai Shu Fong, 42, berkata, sebelum kejadian mereka duduk di sebuah meja dan secara kebetulan terserempak dengan seorang wanita yang dikenali suami serta rakan.
“Suami memanggil wanita itu untuk duduk dan makan bersama kami. Namun, beberapa minit kemudian seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit tiba bersama dua rakannya.
“Saya melihat tindak-tanduk lelaki terbabit yang sering memerhati suami saya, seolah-olah tidak berpuas hati. Lelaki itu kemudian memanggil isterinya ke meja mereka dan berlaku pertengkaran sebelum beredar,” katanya ketika ditemui kelmarin.
- HM
No comments:
Post a Comment