Add caption |
Johor Bahru: Suspek kes tikam bekas tunangnya di kawasan tempat letak kereta Econsave Kluang ditahan polis di Kota Tinggi, malam kelmarin, ketika cuba meloloskan diri ke negara jiran.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, suspek ditahan kira-kira 10 malam selepas polis menerima maklumat mengenai kehadirannya di kawasan berkenaan.
Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan di kawasan hutan di sekitar Kota Tinggi.
"Dipercayai suspek sudah membuat tempahan bot untuk ke negara jiran.
"Dia dipercayai sedang menunggu bot untuk meloloskan diri sebelum berjaya ditahan," katanya.
Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- HM
No comments:
Post a Comment