GEORGE TOWN - Seorang lelaki cedera parah di lengan setelah terkena lebih lima das tembakan yang dilepaskan seorang suspek dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap berhampiran pasar Jalan Patani, Sungai Pinang di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh orang awam ekoran kecederaan serius yang dialaminya.
Seorang jurucakap polis berkata, suspek datang bersama beberapa rakannya dengan menaiki tiga buah kereta.
"Mangsa kini masih dirawat di Wad Kecemasan HPP dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
"Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan polis percaya penahanan suspek utama bersama rakannya yang terlibat akan dijalankan dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
-kosmo
No comments:
Post a Comment