Johor Bahru: Pendapatan lumayan hasil kenderaan yang dipajak mendorong individu termasuk berjawatan pengarah jabatan kerajaan dan pegawai polis menjadikan kereta mewah mereka sebagai kereta sapu ke Singapura.
Tambang dikenakan antara SGD100 hingga SGD160 (RM270 hingga RM432) ketika hari biasa dan SGD300 hingga SDG350 (RM810 hingga RM945) pada hari puncak iaitu Sabtu dan Ahad membolehkan pemilik kenderaan meraih pendapatan hampir RM10,000 sebulan.
Difahamkan, pendapatan diraih itu keuntungan bersih selepas ditolak upah pemandu, komisen syarikat menguruskannya dan ansuran bulanan kenderaan.
Menurut sumber, permintaan tinggi terhadap kereta sapu untuk membawa penumpang ke republik itu juga menyebabkan ada syarikat menguruskan sehingga 200 kereta sapu untuk beroperasi di sekitar bandar raya ini.
Katanya, kebanyakan kenderaan dipajakkan pemilik kepada syarikat untuk menguruskan kereta sapu terbabit terdiri kenderaan pelbagai guna (MPV) seperti Toyota Vellfire, Hyundai Grand Starex, Nissan Serena dan Toyota Alphard.
- HM
No comments:
Post a Comment