Beberapa hari yang lalu Tan Sri Musa Hassan melalui akaun twitter miliknya dengan secara terbuka menyatakan bahawa wujudnya kumpulan kongsi gelap yang menjaga penguatkuasa untuk memastikan aktiviti perniagaan haram mereka beroperasi tanpa diganggu.
Masyarakat inginkan penjelasan yang lebih lanjut kerana ianya melibatkan integriti penjawat awam yang diberi tanggungjawab bagi memastikan negara ini bersih dari aktiviti perniagaan haram. Agensi manakah yang dimaksudkan oleh mantan Ketua Polis tersebut?
Adakah ianya berkaitan dengan aktiviti pelacuran yang semakin berleluasa ataupun aktiviti judi online haram atau keduanya sekali?
Menurut sumber dari Tang Ling dan Plaza Pekeliling, berkemungkinan besar adanya unsur rasuah dan juga ugutan terhadap penguatkuasa. Mereka ini diumpan pada peringkat awalnya dan apabila termakan umpan seperti wanita ataupun wang ringgit yang akhirnya membawa kepada penguatkuasa terpaksa akur menjadi 'budak suruhan' kumpulan kongsi gelap tersebut.
Masyarakat juga mula mengaitkan bahawa unsur ugutan yang dibuat oleh kumpulan kongsi gelap ini menjangkau dan tertumpu kepada tahap jawatan penguatkuasa di peringkat tertinggi agensi yang terbabit.
Sebagaimana dakwaan Sanjeevan bahawa beliau mempunyai bukti kukuh (bergambar) tentang Skandal Seks yang melibatkan pegawai peringkat atasan. Sehingga berita ini ditulis, Sanjeevan masih lagi bebas dan tidak dipanggil untuk sessi soal siasat.
Adakah wujud unsur ugutan di dalam kes tersebut dan ianya digunakan supaya orang tertentu di dalam PDRM tunduk kepada kehendak Sanjeevan dan adakah Sanjeevan ada hubungan baik dengan Ketua Kongsi Gelap maka beliau adalah orang tengah kepada kumpulan kongsi gelap tertentu?
Masyarakat berharap isu dakwaan yang terlalu menghina nama baik PDRM ini dijawab oleh Ketua Polis Negara.
No comments:
Post a Comment