Saturday 25 April 2015

Rakyat malaysia Bunuh Kongsi Gelap


BATAM, Indonesia: Empat rakyat Malaysia dilaporkan ditahan di pulau ini selepas dipercayai terbabit dengan pembunuhan seorang ahli kongsi gelap rakyat Malaysia, Amar Aswan. 

Polis negara itu, seperti disiarkan di muka hadapan akhbar Batam Post hari ini, memaklumkan semua mereka termasuk yang ditahan dipercayai ahli kongsi gelap berasal dari Johor Bahru. 

Mengikut laporan itu, polis Batam juga sedang berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan pengesahan mengenai identiti semua yang terbabit.

"Kalau mengikut keadaan badan (bertatu), mereka ini dipercayai daripada kumpulan gengster," kata jurucakap pihak berkuasa Batam, Kompol Yoga Buanadiptailafi kepada Batam Pos, malam tadi. 

Polis negara itu menyatakan empat suspek yang ditangkap itu dikenali sebagai Sarwanan Kuppusami, Masturizam Mardan, Goh Song Chew, dan Kali Razan Meganatan. 

Sarwanan dan Masturizam ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia menaiki Feri Berlian III dari Pusat Pelabuhan Feri Antarabangsa Batam. 

Goh Song Chew dan Kali Razan pula ditahan di kawasan berlepas ke kapal Feri Mutiara Mas I dari Pelabuhan Harbour Bay, Batu Ampar sekitar jam 10 Waktu Indonesia Barat (WIB), kelmarin. Mayat Amar Aswan ditemui di atas troli barang di lorong lobi hotel di Baloi, Batam. 

Rakaman CCTV hotel itu menunjukkan empat suspek berkenaan meninggalkan mayat Amar selepas dipercayai dibunuh.

BH

No comments:

Post a Comment