Sunday 26 April 2015

Rasuah Anggota PDRM Semakin Membimbangkan?

Akhir-akhir ini masyarakat mula mempersoalkan tentang operasi serbu premis judi-online?

Beberapa bulan yang lalu, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan yang begitu keras kepada semua Ketua Polis Negeri supaya melancarkan operasi serbuan ini dalam masa 7 hari atau berhadapan dengan tindakan ditukarkan dalam tempoh 24 jam.

“Jika gagal berbuat demikian, pegawai terlibat akan ditukarkan dalam tempoh 24 jam,” - Ketua Polis Negara.

Menjadi persoalan masyarakat, di manakah hasil atau angka kejayaan sedangkan masih kedengaran beberapa premis judi-online yang begitu kebal dan menurut sumber, premis miilik Kongsi Gelap ini tidak pernah terusik sejak dari awal operasi perniagaan yang dikatakan berselindung disebalik kedai snooker?

Ketua Polis Negara seharusnya mendedahkan kepada umum data maklumat tangkapan yang lengkap setelah arahan secara terbuka mengenai pembasmian perniagaan judi online haram ini.

Masyarakat ingin tahu siapakah yang ditangkap yang cuba dipaparkan oleh PDRM melalui media elektronik seperti TV3, 'rancangan 999'?

Adakah memadai dengan paparan rampasan aset berbentuk komputer murahan dari China? Adakah memadai menayangkan kepada masyarakat adengan menggari pekerja premis judi-online tersebut dan pemilik sebenar masih bebas dan masih terus menjalankan perniagaannya?

Ketua Polis Negaraharus berani untuk mendedahkan kejayaan operasi tersebut sepertimana beliau berani membuat pengemumuman 'perang terbuka' dengan Ketua-Ketua Kongsi Gelap ketika ingin lancarkan operasi tersebut pada bulan oktober yang lalu.

Persepsi yang timbul terhadap masyarakat perlu dijernihkan bukan sahaja dengan operasi serbuan premis judi online milik Ketua Kongsi Gelap malah kecelaruan terhadap kes tertangkapnya seorang Pemangku ACP cawangan Judi dan Maksiat bersama dengan wang sejumlah lebih kurang RM500,000 dan 80 biji lebih dadah jenis Eramin5 menjejaskan imej Ketua Polis Negara kerana Pemangku ACP tersebut dikatakan hanya ditukarkan ke cawangan lain sementara kes disiasat oleh SPRM. Perbandingan dengan kes seorang inspektor yang ditahan kerja kerana kes menampar anggota polis yang lain. (rujuk kes di
sini)

Telah menjadi perbualan hangat antara anggota PDRM juga patut diberi perhatian oleh Ketua Polis Negara, siapakah Steven yang diberitakan mengaku mengenali ramai Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM terutama yang berada di cawangan Judi dan Maksiat (D7) hinggakan berkemampuan menhafal nombor badan Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM tersebut?

Steven juga diberitakan seorang yang muflis dan ironinya mampu memiliki kereta yang plat pendaftaran yang istimewa harga tendernya. KAB16, Kenapa hampir sama dengan nombor plat kereta Ketua Polis Negara? KAB XXX.

Bagaimana pula tentang cerita Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM yang memilik rumah mewah dan hidup mewah? Curut pun berharga hampir RM2000 sebatang? Benarkah wujud dakwaan bahawa Ketua Polis Negara mempunyai rumah mewah yang baru? (rujuk di sini dan di sini)

Isu kemewahan anak Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM yang menjadikan kelab mewah di Kuala Lumpur juga dikaitkan dengan keluarga Ketua Polis Negara, benarkah cerita ini?

Ketua Polis Negara wajar menjawab keresahan masyarakat berhubung khabar angin yang panas mula dibicarakan di kelab-kelab malam eksklusif milik Ketua Kongsi Gelap Ah Hai dan kuncu-kuncu rakan kongsinya ini berhubung dengan dakwaan hubungan istimewa Ketua Polis Negara dengannya dan beberapa Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM yang lain juga?

Ketua Polis Negara perlu berani tampil menjawab tohmahan ini demi nama baik PDRM. Keberanian Ketua Polis Negara mencanang operasi besar-besaran secara terbuka menghapuskan perniagaan haram milik Kongsi Gelap perlu seiring dengan keberanian beliau mengambil tindakan yang drastik kiranya wujudnya bukti siapa sahaja di dalam PDRM yang tidak amanah termasuk diri sendiri.

Kegagalan menaikkan imej PDRM semasa memimpin pasukan keselamatan negara salah siapa?

Malaysiancrime tidak berniat menuduh Ketua Polis Negara dan juga Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM serta ahli keluarga. Malaysiancrime hanya sampaikan keresahan masyarakat dan berharap pihak Ketua Polis Negara dapat menjawab kepada masyarakat tentang kedudukan IMEJ PDRM yang terkini.

No comments:

Post a Comment