Monday, 13 April 2015

Remaja Bunuh Dan Larikan Hilux Warga Emas



KOTA KINABALU - Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki dalam kejadian di tepi pantai Kampung Beringis, Kinarut dekat sini pada 7 April lalu.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Salehuddin Abd. Rahman berkata, remaja itu ditahan di sekitar kawasan Kinarut pada 10 April susulan penemuan satu mayat lelaki berusia 60 tahun dalam keadaan berlumuran darah dengan satu kesan tikaman di bahagian leher kiri, enam di badan dan satu di lengan.

Katanya, penahanan suspek itu turut membawa kepada penemuan beberapa barang kes seperti kunci, alat penggera dan sebilah pisau lipat.

"Kita percaya motif kejadian adalah rompakan dan suspek telah melarikan kereta Toyota Hilux milik mangsa selepas menikam mangsa di kawasan kejadian," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi. - KOSMO

No comments:

Post a Comment