Port Dickson: Keasyikan lebih 100 warga Myanmar mengadakan pesta termasuk tarian dan nyanyian di kawasan Pantai Batu 8, di sini, dikejutkan dengan serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), kelmarin.
Dalam operasi bermula jam 3.30 petang hingga 6 petang itu, sembilan warga asing iaitu tujuh warga Myanmar dan masing-masing seorang warga Indonesia serta seorang warga Singapura berketurunan Myanmar, dicekup atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.
Timbalan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Azil Ashazly Abdul Aziz berkata, operasi itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah JIMNS iaitu Mohd Nor Alfaisa Riza Ma’arof bersama 14 pegawai.
Beliau berkata, operasi itu dibuat secara rambang kerana aktiviti mereka dipercayai mendapat kebenaran pihak keselamatan hotel dengan dikawal anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan difahamkan mereka menempah khas untuk tujuan itu.
“Ketika serbuan, mereka mengadakan pesta dengan nyanyian dan tarian serta ada minuman disediakan, namun aktiviti mereka mendapat kebenaran pihak keselamatan hotel dengan dikawal RELA.
- HM
No comments:
Post a Comment