Tuesday 14 April 2015

Suami Isteri Curi Kereta Balik Pulau Tumpas



Balik Pulau: Polis menumpaskan satu sindiket curi kereta nasional dengan menahan suami isteri dan seorang mekanik di Kampung Air Putih, di sini, Selasa lalu.

Mereka yang dikenali sebagai Geng Thiaggu itu ditahan jam 5 petang selepas polis melakukan risikan dan juga intipan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, sindiket ini didapati aktif sejak dua tahun lalu.

"Suami isteri terbabit mencuri kereta manakala mekanik berkenaan diupah RM500 untuk meleraikan sebiji kereta.

"Mereka meleraikan kereta yang dicuri itu di bengkel di Kulim, Kedah," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

- HM

No comments:

Post a Comment