Saturday 9 May 2015

Anak Bekas Ketua Polis Negara Telah Membunuh Seorang Lelaki - Sanjeevan

Terlalu kebalkah Sanjeevan untuk dibawa ke balai polis?

Persoalan yang semakin hangat berlegar di Tangling dan Plaza Pekeliling. Menurut sumber, dengan dakwaan Sanjeevan membuta-tuli bukan sahaja bersabit dengan isu Skandal Seks Anggota PDRM namun dakwaan liar beliau yang lain turut dipandang sepi oleh Ketua Polis Negara.

Isu Skandal Seks menurut dakwaan Sanjeevan adalah melibatkan Pegawai yang berpangkat tinggi dalam PDRM dan masyarakat menilai ianya tidak diambil serius oleh Ketua Polis Negara walaupun dakwaan sebegitu memburukkan nama baik dan imej PDRM itu sendiri.



Masyarakat juga menilai bahawa Ketua Polis Negara seumpama bertindak mengikut 'selera popular' dan bukannya untuk kepentingan umum. Ketua Polis Negara pantas mengeluarkan kenyataan dan memberi cadangan apabila melibatkan isu politik negara. Tetapi apabila melibatkan nama baik PDRM sendiri, apa pula kenyataan Ketua Polis Negara? Rujuk di
sini.

Sehingga kini telah banyak aduan rasmi dibuat oleh beberapa NGO tentang dakwaan liar Sanjeevan. Bukan sahaja isu Skandal Seks anggota PDRM tetapi dakwaan liar mengenai mantan-mantan Ketua Polis termasuk kes pembunuhan seorang lelaki oleh anak mantan Ketua Polis. Rujuk di
sini.

Sebelum ini Sanjeevan berbohong dengan mengatakan beliau hadir ke Balai Polis Kajang untuk sesi soal siasat berhubung laporan polis tersebut. Ini diakui sendiri oleh Pegawai penyiasat yang terlibat bahawa Sanjeevan berbohong.

No comments:

Post a Comment