Saturday 9 May 2015

Raja Putar Alam Gelang Patah



Johor Bahru: Seorang lelaki dari Gelang Patah dekat sini, digelar raja putar alam kerana hanya bermodalkan air liur dia didakwa menipu dengan melarikan deposit orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan katering ditawarkannya.

Terbaru, dua wanita mendakwa kerugian RM30,000 selepas masing-masing diperdayakan lelaki terbabit hingga seorang daripada mereka menanggung aib apabila lelaki itu yang dikenali sebagai Odan, 31, lesap sehari sebelum majlis perkahwinan anak perempuannya.

Datin Norhayati Mohd Yusof, 41, berkata, kerana ingin membantu serta mengenali Odan sebagai penduduk sekampung iaitu Kampung Pekajang, Gelang Patah, dia bersetuju menggunakan khidmat katering yang ditawarkan lelaki itu itu.

“Saya mengenalinya sebagai penduduk sekampung dan usianya sebaya dengan adik. Apabila dia menawarkan diri menyediakan khidmat katering perkahwinan anak kedua saya, kami sekeluarga bersetuju.

“Kami berurusan melalui aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon kerana saya percayakannya serta ingin membantu usahawan muda sepertinya.

- HM

No comments:

Post a Comment