Thursday, 7 May 2015

Baling Botol Dan Kerusi PRK Permatang Pauh


SEBERANG PERAI - Suasana di pusat mengundi Sekolah Menengah Guar Perahu di sini bertukar kecoh apabila dua kumpulan penyokong parti politik bertindak agresif dengan membaling botol dan kerusi plastik sebentar tadi.
Kekecohan yang berlaku kurang lima minit itu turut mengejutkan pengundi-pengundi yang hadir membuang undi terutama warga emas.
Bagaimanapun, keadaan cemas itu berakhir selepas pasukan keselamatan hadir di situ.
Akibat kekecohan itu, keadaan lalu lintas menjadi sesak sehingga tiga kilometer dari Guar Perahu ke Penanti.
- kosmo

No comments:

Post a Comment