Thursday 7 May 2015

Banyak akaun FB dibuat kutuk Yana, FMC



SHAH ALAM - Kira-kira 36 akaun Facebook telah dibuat orang ramai semenjak kes kemalangan yang mengorbankan pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain, Nova Safitri Azhari dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa di Lebuhraya Duke, Sabtu lalu.

Pemantauan Sinar Harian, semalam, mendapati kesemua akaun tersebut dibuat sebagai tanda tidak puas hati rakyat terhadap kemalangan menyayat hati itu.

Antara nama akaun yang dibuat orang awam ialah Familia MurderMyvi Club, Yana Familia Myvi Club Fans, Familia Myvi Club Official, Belia Benci Yana Familia Myvi Club dan pelbagai lagi.

Kebanyakan pemilik akaun Facebook ini mendesak pihak berkuasa mendedahkan siasatan kes kemalangan itu selain menangkap mereka yang terlibat.

Di antara semua akaun ini, akaun Belia Benci Yana Familia Myvi Club mempunyai pengikut paling ramai iaitu 82,804 orang diikuti Familia MurderMyvi Club (31,857), dan Familia Myvi Club (17,147).

Manakala di dalam laman Twitter pula, hashtag #FamiliaMyviClub masih trending di Malaysia sehingga semalam.

Kebanyakan pengguna akaun Twitter meluahkan perasaan mereka terhadap kemalangan itu.




-SH

No comments:

Post a Comment