Wednesday 6 May 2015

Dadah 29juta Dirampas



Kuala Lumpur: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Polis Taiwan menahan enam individu dalam dua serbuan di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail pada 30 April lalu.

Serbuan yang diadakan antara 10.50 malam hingga 11.10 malam itu berjaya merampas 1.4 juta biji Pil Eramin 5 dianggarkan seberat 410 kilogram bernilai RM29 juta, wang tunai RM7,435 dan barang kemas bernilai RM7,200.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, enam individu berkenaan terdiri daripada tiga warga tempatan, dua lelaki warga Taiwan dan seorang lelaki Indonesia berusia antara 20 hingga 60 tahun.

"Siasatan terhadap tiga suspek warga tempatan itu mendapati seorang daripada mereka mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dalam pelbagai kesalahan," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Katanya, sepanjang Januari hingga April tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sudah melakukan 59,175 serbuan dengan nilai rampasan dadah sebanyak RM50.04 juta.

- HM

No comments:

Post a Comment