Sibu: Lelaki warga emas maut apabila kepalanya dihentak botol dalam kejadian samun di rumah kedai di Jalan Tekam, di sini, malam tadi.
Mangsa, Moh Keen Yen, 64, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu dua jam selepas kejadian berlaku pada 11.30 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Martin Khoo berkata, mangsa dipercayai bergelut dengan penjenayah yang memecah masuk premisnya.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.30 tengah malam sebelum sepasukan anggota ke lokasi untuk siasatan.
"Ketika ditemui mangsa masih bernyawa sebelum anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sibu membawanya ke hospital untuk rawatan.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dua jam kemudian akibat cedera parah di kepala," katanya.
Katanya, polis memburu suspek dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- HM
No comments:
Post a Comment